Druk Holding & Investments, cabang pelaburan negara Bhutan dan Bitdeer Technologies Group, rakan kongsi syarikat tersenarai Nasdaq merancang untuk mencari pelabur bagi pembiayaan bernilai sehingga AS$500 juta yang akan digunakan untuk membangunkan perlombongan kripto hijau di kawasan kerajaan Himalaya itu.
Pengumpulan dana yang menyasarkan pelabur institusi itu akan bermula pada penghujung Mei dengan matlamat untuk menubuhkan perlombongan digital bebas karbon yang memanfaatkan kuasa hidroelektrik Bhutan yang begitu banyak.
Perlombongan adalah cara paling tidak berisiko untuk negara tanpa pantai di Himalaya itu untuk memanfaatkan peluang kripto.
Buat masa ini Buthan akan memberi tumpuan kepada Bitcoin, kata Ujjwal Deep Dahal, ketua pegawai eksekutif cabang pelaburan, Druk Holding & Investments, dalam satu temu bual.
“Adalah penting bagi kita untuk melihat aset yang mempunyai jumlah dagangan rendah, nilai tinggi atau aset dalam bentuk digital,” ujarnya.
“Di samping itu, kita juga perlu meletakkan diri pada kedudukan yang mampu berdaya saing di peringkat global dari semasa ke semasa untuk membina ekonomi,” jelas Dahal.