BOE Dijangka Akan Kembali Kurangkan Kadar Faedah Pada Akhir Tahun Ini

BOE Dijangka Akan Kembali Kurangkan Kadar Faedah Pada Akhir Tahun Ini

Para pelabur mengukuhkan jangkaan bahawa Bank Pusat England (BOE) akan membalikkan haluan dasarnya dan mengurangkan kadar faedah utamanya pada akhir

Para pelabur mengukuhkan jangkaan bahawa Bank Pusat England (BOE) akan membalikkan haluan dasarnya dan mengurangkan kadar faedah utamanya pada akhir tahun ini untuk menyokong ekonomi yang lesu.

Buat pertama kali sejak Ogos, unjuran pasaran wang menunjukkan pemotongan kadar 0.25 peratus akan ditetapkan pada akhir tahun ini.

Pasaran melihat BOE akan menaikkan 0.5 peratus kadar faedah pada bulan hadapan denngan jangkaan bahawa kadar akan memuncak sekitar 4.5% pada musim panas ini.

Pandangan ini diperkuatkan lagi dengan rentetan data ekonomi UK yang menunjukkan pertumbuhan terbantuan dan inflasi semakin mereda.

Situasi ini memberi isyarat cabaran yang akan dihadapi oleh BOE untuk mengekalkan kadar faedah yang tinggi untuk tempoh yang lama.

Setakat hari ini, kadar faedah bank berada sekitar 3.5%, paras tertinggi sejak lebih 10 tahun yang lalu.

“Kami menjadi lebih positif pada prospek ekonomi untuk Eropah, tetapi masih kekal negatif di UK,” kata Mohit Kumar, ahli strategi kadar di Jefferies.

“Bagi BOE, walaupun kita mendapati kenaikan 50 mata asas pada bulan Februari, namun ia akan menjadi 50 mata asas dovish,” jelasnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: