boe-7

BOE: Pasaran Kripto Perlu Dikawal Selia Lebih Ketat Selepas Jatuh Sebanyak AS$2 Trilion

Bank Pusat England (BOE) berkata kejatuhan AS$2 trilion dalam nilai aset kripto membuktikan kelemahan dalam pasaran dan keperluan untuk penguatkuasaan serta peraturan undang-undang yang lebih ketat.

Permodalan pasaran aset digital telah merosot kepada kira-kira AS$900 bilion daripada puncak AS$3 trilion pada akhir 2021, kata Jawatankuasa Dasar Kewangan BOE semalam.

“Volatiliti yang melampau” dalam beberapa bulan kebelakangan ini mendedahkan kelemahan dalam pasaran kripto termasuk ketidakpadanan kecairan yang membawa kepada penjualan mendadak.

Ciri-ciri pasaran seperti itu berpotensi untuk meningkatkan lagi penurunan harga kripto, kata BOE.

Pengawal selia di UK dan Eropah telah menguatkan lagi retorik mereka terhadap industri, mengeaskan bahawa mereka bimbang pasaran kripto akan menular sehingga merosakkan sistem kewangan yang lebih luas.

BOE pada bulan Disember mengulangi amarannya bahawa pertumbuhan pesat aset mata wang kripto boleh menimbulkan risiko kepada kestabilan sistem kewangan UK.

Pada bulan Oktober lalu, Timbalan Gabenor BOE Jon Cunliffe berkata pasaran mata wang kripto berpotensi menimbulkan ancaman melainkan ia dikawal selia dengan segera.

Bank pusat bagaimanapun menjelaskan bahawa ketidaktentuan semasa pasaran kripto belum memberi ancaman kepada keseluruhan sistem.

Namun begitu, tanpa sebarang tindakan, risiko sitemik akan muncul jika aktiviti aset-aset kripto dan kaitannya dengan bank dan pasaran lain terus berkembang.

“Ini menekankan keperluan untuk meningkatan rangka kerja pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang untuk menangani perkembangan dalam pasaran ini,” kata BOE.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *