byd-dolphin-brazil

BYD China Akan Labur AS$620 juta Dalam Kompleks Perindustrian Brazil

Gergasi pengeluar kereta China, BYD semalam berkata mereka akan melabur 3 bilion reais (AS$620.17 juta) dalam kompleks perindustrian baharu di timur laut Brazil.

Pelaburan itu bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran tempatan untuk menawarkan harga yang lebih kompetitif, kata syarikat itu.

Kompleks yang terdiri daripada tiga kilang tersebut akan dibina di taman perindustrian Camacari di negeri timur laut Bahia, di atas tanah yang dahulunya menempatkan kilang Ford yang telah ditutup pada 2021.

Pengumuman itu dibuat berikutan desakan yang dilaporkan daripada kerajaan Brazil untuk memberi insentif kepada BYD bagi membina hab kereta elektrik baharu selepas Ford menutup kilangnya di negeri itu.

Operasi di kilang Camacari itu dijangka bermula pada pertengahan 2024 dan BYD menyebutkan bahawa salah satu kilang itu akan dikhususkan untuk pengeluaran casis untuk bas dan trak elektrik

Kilang kedua akan tertumpu kepada kereta hibrid dan elektrik dengan pengeluaran awal dianggarkan sebanyak 150,000 kereta setahun, manakala yang ketiga akan memproses litium dan fosfat besi untuk pasaran asing.

Selain menghasilkan pengeluaran kereta dan bateri, Kompleks itu dijangka akan menjana lebih 5,000 pekerjaan, tambah BYD.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *