byd-china-jabil

BYD Yang Disokong Wareen Buffett Hampir Atasi Tesla Sebagai Penjual EV Terbesar Dunia

Penghantaran suku ketiga Tesla yang mengecewakan memberikan pesaing terdekatnya-BYD peluang untuk merampas takhta sebagai penjual kereta elektrik tertinggi.

Menurut Bloomberg, Tesla menjual 435,000 kereta elektrik manakala BYD, gergasi EV China yang disokong oleh Berkshire Hathaway Warren Buffett menjual 431,000 kereta elektrik berkuasa bateri (BEV) dalam tempoh yang sama.

Jurang yang kecil antara kedua-dua syarikat ini menunjukkan bahawa BYD hampir mengatasi gergasi EV Amerika itu dalam jualan kenderaan elektrik, sekali gus menjadi penjual kereta EV terbesar didunia.

Bloomberg juga melaporkan bahawa BYD juga sudah jauh di hadapan apabila melibatkan jumlah jualan. Termasuk hibrid, BYD telah menjual lebih 800,000 kereta pada suku lepas, hampir dua kali lebih banyak daripada Tesla.

Gergasi EV China itu menjual 1.8 juta kereta tahun lalu dengan sekitar 911,000 daripadanya adalah BEV sementara Tesla, yang hanya menjual BEV dengan jumlah 1.3 juta kereta.

BYD juga telah mendahului pesaing-pesaingnya di China dengan menjual lebih banyak kenderaan elektrik mampu milik, tidak seperti model premium yang dijual oleh Tesla dan syarikat EV lain seperti Nio dan XPeng.

Mereka juga baru-baru ini berjaya menyingkirkan Volkswagen sebagai jenama kereta paling laris di China.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *