king-candy-crush-office

Candy Crush Saga Cecah Pendapatan AS$20 bilion Sejak Pelancaran Pada 2012

Candy Crush Saga, permainan padanan yang dimainkan oleh lebih ribuan juta pengguna telah mencecah pendapatan AS$20 bilion (RM93.8 bilion) sejak pelancarannya pada 2012.

King, syarikat hiburan interaktif yang melancarkan Candy Crush ini dan dimiliki oleh Activision Blizzard pada 2016 berkata bahawa mereka akan melancarkan pencapaian baharu sehingga 15,000 peringkat.

Bermula dari laman sesawang, beralih ke Facebook, kemudian ke peranti mudah alih, Candy Crush kini telah dimuat turun lima bilion kali.

Ia mempelopori model “freemium”, di mana permainan ini percuma tetapi pemain boleh membelanjakan wang untuk meningkatkan prestasi mereka atau boleh menonton iklan-iklan untuk mendapatkan ganjaran.

Presiden King, Tjodolf Sommestad berkata Candy Crush Saga dan judul-judul permainan lain seperti Farm Heroes Saga menunjukkan bahawa permainan mudah alih boleh mempunyai daya tarikan yang berkekalan.

“Kami telah membuktikan kepada diri kami sendiri dan kepada industri bahawa adalah mungkin untuk menghidupkan semula permainan yang berusia bertahun-tahun dan memastikannya relevan untuk sedekad atau lebih lama, dan memecahkan rekod walaupun telah lebih sedekad,” kata Sommestad dalam satu temu bual.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa lebih banyak masa diperlukan untuk membangunkan permainan baharu berikutan cabaran serta tahapnya yang terlalu tinggi.

“Candy Crush mengambil masa beberapa bulan untuk membina tetapi kami menambah 10 tahun untuk mengembangkannya selepas itu,” ujarnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *