bitmart1

CEO Binance: Jual Beli Bitcoin Oleh Tesla Tidak Jejas Fundamental BTC

CEO Binance CZ Zhao meyakini bahawa sesiapa yang membeli atau menjual Bitcoin tidak akan memberi kesan kepada aset secara fundamental, termasuklah CEO Tesla Elon Musk.

Mengulas mengenai penjualan Tesla terhadap 75% pegangan Bitcoinnya, Zhao berkata keputusan Musk itu tidak memberi impak yang terlalu besar kerana ia tidak mengubah fundamental BTC.

Musk beberapa hari yang lalu telah mendedahkan penjualan tersebut dilakukan kerana syarikat memerlukan dana untuk membuka kilang-kilang baharu di AS dan Jerman.

Selain itu, Tesla juga memerlukan aliran tunai yang baik bagi menyokong perniagaannya di China yang telah terjejas dengan sekatan pergerakan pada suku kedua tahun ini, jelas Musk.

Sementara Zhao pula berkata tiada sesiapa yang mengetahui tujuan sebenar Musk menjual Bitcoin pada jumlah yang sangat besar, namun mungkin kerana ingin membeli Twitter pada suku kedua.

Bercakap kepada CNBC mengenai kejatuhan syarikat-syarikat pemberi pinjaman kripto, Zhao berkata kejatuhan itu hanya memberi kesan yang kecil kepada Binance berikutan syarikatnya bertindak sebagai pusat pertukaran, bukan pemberi pinjaman atau kredit.

Zhao juga berkata bahawa beliau telah mengetahui risiko yang dihadapi oleh pemberi kredit dalam industri ini, yang mana menjadi punca Binance dapat mengelak daripada kejatuhan itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *