renault-ev

CEO Renault: China Sangat Kompetitif Dalam Pasaran EV, Eropah Perlu Mengejarnya

Ketua Eksekutif Renault Luca de Meo berkata pada hari ini bahawa China ‘sangat berdaya saing’ dari segi pasaran kenderaan elektrik.

Bagi mengejar kedudukan China ketika ini, de Meo mengumumkan bahawa Renault bersedia untuk memperkenalkan model kereta kenderaan elektrik Scenic baharunyu.

“China sangat berdaya saing apabila melibatkan rantaian bekalan kenderaan elektrik,” kata De Meo kepada RTL Radio, bercakap dari pameran kereta IAA Munich.

“Saya fikir mereka adalah generasi di hadapan kita. Kita (Eropah) perlu mengejar dengan cepat,” tegas beliau.

De Meo menambah bahawa Renault akan mendedahkan harga untuk van mini Scenic baharunya pada akhir tahun ini, dengan pelancaran dirancang pada suku pertama 2024.

Scenic akan berada dalam julat harga untuk ramai pelanggan, sama seperti model hibrid dengan saiz dan kategori yang sama, katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *