Ceroboh rumah, ‘Influencer’ mengaku bersalah di mahkamah

Aina Julia
1 Min Read

Seorang pempengaruh media sosial mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah.

Nurul Nur Ariani Muhammad Zahar, 41, didakwa atas kesalahan menceroboh secara jenayah dengan memasuki sebuah rumah di Kampung Chelet, Nilai pada jam 5 petang, 7 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dan memohon tarikh baharu untuk pembentangan fakta kes dan hukuman.

Peguam K. Gejalaxmi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili Nurul Nur Ariani memohon jumlah jaminan yang munasabah kerana anak guamnya bekerja sendiri dengan pendapatan rendah, selain menanggung bapa yang sedang dirawat di hospital, empat orang anak dan seorang adik.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes, termasuk pembentangan fakta serta hukuman, pada 19 Jun.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *