yuan-dollar-e1540896279798

China Gesa Bank Tingkatkan Pinjaman Bagi Mengatasi Kelembapan Ekonomi

China menggesa pihak bank supaya meningkatkan pinjaman selepas permulaan tahunan yang perlahan, menguatkan usaha untuk memerangi pengembangan ekonomi terlemah sejak awal 2020.

Memetik sumber tanpa nama, Bloomberg melaporkan bahawa Bank Rakyat China (PBOC) telah memberi panduan kepada pemberi pinjaman besar milik kerajaan dan bank serantau pada pertengahan Januari, menggalakkan mereka untuk memberikan lebih banyak kredit kepada syarikat dan isi rumah.

Panduan PBOC itu menunjukkan ianya satu isu yang diperlukan segera dalam kerajaan Presiden China Xi Jinping untuk menstabilkan ekonomi kedua terbesar dunia itu sebelum peralihan kepimpinan utama pada akhir tahun ini.

Kelembapan ekonomi di China didorong oleh kemerosotan pasaran hartanah, pelaburan yang tidak memberangsangkan dan perbelanjaan pengguna yang lemah akibat krisis Covid-19.

Situasi itu juga telah mendorong bank pusat untuk mengurangkan kadar faedah dan berjanji akan bertindak selanjutnya bagi menyokong permintaan.

Peralihan China ke arah rangsangan monetari telah menjadi tumpuan utama para pelabur dunia apabila negara itu tidak bergerak selari dengan ekonomi besar lain seperti AS di mana Fed telah menetapkan asas kadar faedah yang lebih tinggi.

Saham bank China dan syarikat hartanah juga telah melonjak dalam beberapa hari kebelakangan ini, manakala hasil bon kerajaan menurun berikutan pasaran menetapkan jangkaan untuk pelonggaran dasar selanjutnya oleh PBOC.

Buku Beige Antarbangsa China pada Disember melaporkan bahawa satu risiko bagi pembuat dasar China ialah permintaan untuk pinjaman akan kekal lemah walaupun didesak oleh kerajaan.

Hal ini kerana syarikat tempatan mengurangkan pelaburan dan terus teragak-agak untuk meminjam pada suku keempat, dengan kos pembiayaan perniagaan kecil melambung tinggi walaupun terdapat dasar yang menggalakkan.

Walaupun pinjaman baharu tahunan bagi Yuan China meningkat kepada rekod 19.95 trilion yuan (S$4.2 trilion) tahun lalu (2021), terdapat penurunan dalam pinjaman korporat jangka panjang dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *