huawei-reutersjpg

China Mengutuk Sekatan “Tidak Berasas” Kanada Ke Atas 5G Huawei, ZTE

China dalam satu kenyataan mengutuk Ottawa kerana telah menyekat gergasi telekomunikasi China Huawei dan ZTE daripada rangkaian 5G Kanada, menyifatkan larangan itu sebagai larangan “tidak berasas” dan berdasarkan risiko keselamatan yang palsu.

Tindakan Kanada yang telah lama ditunggu-tunggu itu menyusuli Amerika Syarikat dan sekutu utama lain.

Keputusan itu juga diumumkan selepas selesainya pertikaian diplomatik antara Ottawa dan Beijing berhubung penahanan seorang eksekutif kanan Huawei atas waran AS.

“China tegas menentang perkara ini,” kata jurucakap kementerian luar negeri Wang Wenbin kepada wartawan mengenai sekatan 5G, sambil menambah Beijing akan “mengambil semua langkah yang perlu” untuk melindungi syarikat China.

“Tindakan ini adalah bertentangan dengan prinsip pasaran ekonomi dan peraturan perdagangan bebas,” tambah beliau.

Menteri Industri Kanada Francois-Philippe Champagne menjelaskan bahawa kerajaan telah merancang untuk menghalang kemasukan produk dan perkhidmatan Huawei dan ZTE dalam sistem komunikasi Kanada.

AS sebelum ini telah memperingatkan dengan risiko keselamatan jika membenarkan syarikat-syarikat teknologi China mengakses infrastruktur telekomunikasi yang digunakan oleh negara.

Kedua-dua Huawei dan kerajaan China telah menolak dakwaan itu, manakala China memberi amaran tentang kesan kepada negara-negara yang mengenakan sekatan ke atas penyedia peralatan telekomunikasi.

Wang mendakwa kerajaan Kanada telah secara “serius merosakkan hak dan kepentingan sah syarikat China.”

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *