china-pakistan

China Perbaharui Tempoh Pinjaman AS$2.4 bilion Selama Dua Tahun

Menteri Kewangan Pakistan Ishaq Dar berkata pada hari Khamis bahawa China telah memperbaharui pinjaman AS$2.4 bilion kepada Islamabad untuk tempoh dua tahun, memberi tambahan kepada rizab asing yang mana membantu negara daripada kegagalan membayar hutang.

“Bank Exim China melanjutkan jumlah prinsipal berjumlah AS$2.4 bilion yang perlu dibayar dalam 2 tahun fiskal akan datang,” katanya dalam catatan di platform pemesejan X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

“Pakistan akan membuat pembayaran faedah hanya dalam tempoh dua tahun akan datang,” kata Dar.

Reuters melaporkan bahawa lebih A$600 juta pinjaman itu akan matang tahun fiskal ini, dan Islamabad telah pun menerima pengesahan pembatalan tersebut.

China, sebagai sekutu lama Pakistan dan yang telah menjanjikan lebih AS$65 bilion dalam pembinaan infrastruktur di bawah Inisiatif Belt and Road (BRI) telah memberikan pinjaman baharu bernilai sekitar AS$5 bilion kepada kereajaan apabila rundingan bersama IMF berlarutan selama lapan bulan.

Rizab bank pusat Pakistan kini semakin meningkat, ditambah dengan pengeluaran kira-kira AS$1.2 bilion daripada pemberi pinjaman dan aliran masuk dua hala dari negara sekutu termasuk Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *