dell-tech

Dell Akan Kurangkan 6,650 Pekerjaan Seluruh Dunia

Dell Technologies akan membuang kira-kira 6,650 pekerjaan di seluruh dunia, terjejas oleh penurunan permintaan bagi komputer peribadinya, lapor Bloomberg News hari ini.

Laporan ini disahkan oleh pihak Dell Singapura yang mengatakan bahawa pemberhentian pekerja akan memberi kesan kepada kira-kira 5 peratus tenaga kerja Dell Technologies seluruh dunia.

Syarikat sedang mengalami keadaan pasaran yang “terus terhakis dengan masa depan yang tidak menentu”, Ketua Pegawai Operasi bersama Jeff Clarke menulis dalam memo kepada pekerja.

Langkah penjimatan kos sebelum ini, termasuk menghentikan pengambilan pekerja dan had perjalanan, tidak lagi mencukupi, kata Clarke dalam memo itu.

Beliau menambah bahawa satu siri perubahan, termasuk “beberapa tetapan semula” di seluruh organisasi dalam beberapa hari dan minggu akan datang.

“Mereka akan membantu kami menumpukan pada satu tindakan yang lebih bersasar dan berada dalam kedudukan terbaik untuk membuat perbezaan terbesar untuk pelanggan, Dell Technologies dan satu sama lain.

“Malangnya, dengan perubahan seperti ini, beberapa ahli pasukan kami akan terpaksa meninggalkan syarikat. Tidak ada keputusan yang lebih sukar daripada ini, tetapi perlu dilakukan demi kesihatan dan kejayaan jangka panjang kami. Harap maklum bahawa kami akan menyokong mereka yang terjejas kerana mereka peralihan kepada peluang seterusnya,” ujarnya.

Gergasi teknologi dari Microsoft sehingga Amazon dan Goldman Sachs Group telah pun membunag ribuan pekerjaan baru-baru ini bagi membantu mengatasi kemerosotan permintaan sementara perbelanjaan pengguna dan korporat menyusut disebabkan oleh inflasi yang tinggi dan penignkatan kadar faedah.

Pemberhentian di AS kini mencecah paras tertinggi lebih dua tahun pada Januari apabila firma teknologi mengurangkan pekerjaan pada kadar kedua tertinggi dalam rekod untuk mempersiapkan diri dengan potensi kemelesetan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *