dhl express kl gatewat

DHL Express: Bina Kuala Lumpur Gateway, Pelaburan Terbesar dan Pertama di Asia Tenggara

DHL Express telah membuat pelaburan terbesar di Malaysia dengan membina Kuala Lumpur Gateway Complex di Sepang, bernilai RM300 juta.

Kemudahan seluas 13,422 meter persegi itu, adalah yang pertama di Asia Tenggara dengan sistem pengisihan automatik sepenuhnya. Ia dilengkapi tali sawat sepanjang 2km dan teknologi pengimbasan berkelajuan tinggi, membolehkan pemprosesan hingga 10,000 unit penghantaran sejam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pelancaran tersebut, menekankan pentingnya kemudahan ini untuk memperkukuh peranan Malaysia dalam sektor logistik global.

Ken Lee, CEO DHL Express Asia Pasifik, dalam ucapan perasmian semalam berkata bahawa kemudahan ini akan membantu perniagaan memanfaatkan peluang eksport dan import di laluan utama seperti Amerika Syarikat, China, dan Jerman.

Kuala Lumpur Gateway, yang disambungkan kepada dua pesawat khusus ke hab DHL di Asia Tengah dan Selatan, sangat penting untuk pergerakan barang di Lembah Klang, yang menyumbang RM3.3 bilion dalam nilai eksport dan RM7 bilion dalam import pada Ogos 2024.

Dengan fokus kepada keselamatan, kemudahan ini telah mencapai pensijilan TAPA Kelas A dan dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih. Selain itu, ia juga menggunakan teknologi hijau untuk menyokong kelestarian.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *