presiden-eu-leyen

Ekonomi EU Mampu Bertahan Daripada Tindak Balas China

EU menegaskan bahawa ekonominya boleh bertahan daripada sebarang tindakan balas China, selepas negara tembok besar itu memberi amaran bahawa siasatan Jerman terhadap subsidi kereta elektrik mereka akan menjejaskan hubungan perdagangan.

Eropah meletakkan dirinya dalam risiko perang perdagangan apabila presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen mengumumkan siasatan anti-subsidi pada Rabu yang lalu.

Beliau mendakwa China telah campur tengan dalam mengekalkan harga kereta rendah menerusi subsidi yang besar.

Siasatan itu dilihat sebagai satu usaha EU melindungi pembuat kereta Eropah dengan mengenakan tarif denda ke atas pembuat kenderaan yang dipercayai dijual secara tidak adil pada harga yang lebih rendah.

Sehari selepas pengumuman von der Leyen, kementerian perdagangan China membalas “perlindungan tanpa dasar undang-undang” EU itu, dan berkata langkah tersebut “akan memberi kesan negatif kepada hubungan ekonomi” kedua-dua negara.

Siasatan itu dibuat selepas Perancis mendesak Jerman untuk mengambil tindakan lebih kuat untuk mempertahankan industri Eropah daripada ancaman yang semakin meningkat dari China dan Amerika Syarikat.

Menteri kewangan Perancis Bruno Le Maire membuat pembelaan terhadap kekuatan EU apabila beliau menolak tuduhan adanya perlidungan negara.

“Kami tidak perlu takut kepada mana-mana negara. Kami adalah EU… Kami adalah salah satu benua ekonomi paling berkuasa,” katanya kepada Bloomberg TV.

“Kami tidak berada di sini untuk mencetuskan apa-apa jenis perang perdagangan,” katanya, sambil menambah: “Ia tiada kaitan dengan perlindungan.”

“Ia adalah berita baik bahawa Eropah menyedari keperluan untuk mempertahankan kepentingan ekonominya,” kata Le Maire.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *