Walt_Disney_Studios

Disney Akan Memulakan Pembuangan 7,000 Pekerja Minggu Ini

Gergasi hiburan AS, Walt Disney akan memulakan pembuangan lebih 7,000 kakitangannya pada minggu ini, lapor Xinhua memetik kenyataan Variety, penerbit perdagangan Hollywood.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Disney Bob Iger mengesahkan laporan tersebut dalam memo kepada pekerja pagi semalam bahawa pemberhentian akan dilakukan dalam tiga siri.

Selepas notis minggu ini, pusingan makluman yang “lebih besar” akan dilakukan pada bulan April dan pusingan terakhir adalah “sebelum permulaan musim panas” dengan sasaran melibatkan 7,000 pekerja.

Iger berkata Disney telah membuat “keputusan sukar” untuk mengurangkan keseluruhan tenaga kerjanya sebagai “sebahagian daripada penjajaran semula strategik syarikat.

Ia termasuk langkah penjimatan kos penting yang diperlukan untuk mewujudkan pendekatan yang lebih berkesan, diselaraskan dan diperkemas kepada perniagaan kami”.

Disney telah mengumumkan rancangan pemberhentian daripada tenaga kerja globalnya pada 8 Februari lalu.

Pemberhentian ini mewakili sekita 3.2 peratus daripada 220,000 pekerja Disney di seluruh dunia.

Menurut Disney, syarikat menyasarkan penjimatan kos sekitar AS$5.5 bilion, termasuk AS$3 bilion dalam penjimatan kandungan.

Menurut laporan Variety, pemberhentian secara besar-besaran itu mencerminkan transformasi mendalam Diseny, termasuk syarikat-syarikat media lain dalam menghadapi peralihan daripada TV analog dan filem tradisional ke era penstriman berasaskan permintaan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *