Dolar AS Jatuh Enam Hari Berturut-turut, Terpanjang Sejak September 2021

Dolar AS Jatuh Enam Hari Berturut-turut, Terpanjang Sejak September 2021

Dolar AS catat kerugian berterusan untuk tempoh paling lama sejak dua tahun setengah selepas Federal Reserve dilihat dovish dengan kenyataannya, seme

Dolar AS catat kerugian berterusan untuk tempoh paling lama sejak dua tahun setengah selepas Federal Reserve dilihat dovish dengan kenyataannya, sementara Bank Negara Switzerland dan Bank of England meneruskan dengan kenaikan kadar selanjutnya.

Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, seperti yang dijangkakan semalam, namun menggugurkan kenyataan “kenaikan yang berterusan” berikutan melihat bagaimana keyakinan yang goyah terhadap bank menjejaskan ekonomi.

Unjuran Fed watch CME kini membayangkan sekitar 50 peratus peluang untuk satu lagi kenaikan suku mata, berbeza dengan Eropah di mana pasaran melihat sekitar 50 mata asas pengetatan selanjutnya.

Jurang itu telah mendorong lonjakan mata wang euro ke paras tertinggi tujuh minggu berbanding AS sekitar 1.0930, di samping mencatat peningkatan untuk enam sesi berturut-turut.

Kenaikan kadar faedah Fed lebih menjadi perhatian memandangkan pasaran kewangan telah digoncang oleh keyakinan yang goyah terhadap bank-bank di seluruh dunia berikutan kejatuhan SVB dan Credit Suisse secara tiba-tiba, kata Juan Perez, pengarah perdagangan di Monex USA .

Pengerusi Fed Jerome Powell berkata semalam bahawa aliran deposit telah stabil pada minggu lalu.

Perez mengulas kenyataan Powell dengan berkata secara asasnya dunia perbankan akan tetap bertahan dan berjalan lancar berikutan akan diselamatkan setiap kali ia kelihatan menghadapi masalah.

Indeks dolar, yang mengukur mata wang berbanding enam mata wang utama, kini didagang sekitar 102.61 mata, menurun enam hari berturut-turut, terpanjang sejak September 2021.

Peralihan nada daripada Fed mengurangkan kebimbangan dan kemungkinan bahawa data ekonomi yang kukuh akan mendorong peningkatan kadar faedah yang lebih tinggi, kata ketua strategi FX G10 NatWest Markets Brian Daingerfield.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: