China-Iran-oil-750

Duta Iklim China Berkata Penghapusan Bahan Api Fosil ‘Tidak Realistik’

Penghapusan sepenuhnya bahan api fosil adalah tidak realistik, kata pegawai tertinggi iklim China, Xi Zhenhua sambil menambah bahawa bahan api ini mesti terus memainkan peranan penting dalam mengekalkan keselamatan tenaga global.

China ialah pengguna terbesar bahan api fosil di dunia termasuk arang batu dan minyak, kata Xie ketika menjawab komen duta-duta di sebuah forum di Beijing menjelang mesyuarat iklim COP28 di Dubai pada November.

Negara-negara berada di bawah tekanan untuk membuat lebih banyak janji-janji bercita-cita tinggi dalam usaha menangani pemanasan global.

Hal ini susulan kenyataan PBB yang melihat pengurangan tambahan 20 gigaton karbon dioksida akan diperlukan pada dekad ini bagi mengekalkan suhu daripada melebihi ambang kritikal 1.5 darjah Celsius di atas pra-peringkat perindustrian.

Pengambilan stok bahan api ini akan menjadi pusat perbincangan pada mesyuarat iklim COP28, dengan kempen berharap ia akan mewujudkan kemahuan politik untuk menetapkan sasaran yang jelas bagi menamatkan penggunaan arang batu dan minyak.

Xie, bagaimanapun, berkata keberadaan tenaga boleh diperbaharui yang bersifat terputus-puts serta ketidakmatangan teknologi utama seperti penyimpanan tenaga menunjukkan dunia masih perlu bergantung kepada bahan api fosil untuk melindungi pertumbuhan ekonomi.

“Adalah tidak realistik untuk menghapuskan sepenuhnya tenaga bahan api fosil,” kata Xie, yang akan mewakili China pada COP28 tahun ini.

Walaupun menamatkan penggunaan bahan api fosil tidak akan dibincangkan pada COP28, Xie berkata China terbuka untuk menetapkan sasaran tenaga boleh diperbaharui global selagi ia mengambil kira keadaan ekonomi yang berbeza dari negara yang berbeza.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *