dyson-shop

Dyson Rancang Buka Kilang Bateri Generasi Baru Di Singapura

Gergasi elektronik pengguna, Dyson Ltd dilaporkan akan membuka kilang baharu di Singapura bagi mengeluarkan bateri generasi baru sambil syarikat meningkatkan perisian, kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan produk di peringkat global.

Kemudahan baharu itu yang merangkumi saiz sebesar 53 gelanggang bola keranjang itu, dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2025.

Keputusan itu adalah sebahagian daripada rancangan pelaburan lima tahun Dyson bernilai £2.75 bilion (AS$3.4 bilion), yang beribu pejabat di Singapura, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Dyson juga akan membuka kampus penyelidikan dan pembangunan di Filipina dan UK yang juga merupakan sebahagian daripada rancangan itu.

Tiga pembinaan baharu itu akan meningkatkan keupayaan kejuruteraan dan pembuatan syarikat untuk membawa teknologi ke pasaran dengan lebih cepat, kata Dyson.

Pada Mac tahun lepas, Dyson membuka ibu pejabat global baharunya di Singapura, dan mengumumkan rancangan untuk melabur AS$1.1 bilion dalam mengembangkan keupayaan penyelidikan dan kejuruteraannya di negara bandar itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *