ecb

ECB Akan Tamatkan Program Pembelian Bon Sebelum Naikkan Kadar Faedah

Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka akan menamatkan program rangsangan pembelian bon besar-besarannya pada pertemuan Khamis ini berikutan lonjakan inflasi EU ke rekod tertinggi baharu.

Rancangan untuk membuka laluan kepada ECB menaikkan kadar faedah pertama sejak 10 tahun telah disampaikan secara jelas oleh para penggubal dasar.

Harga pengguna zon Eropah naik 8.1 peratus tahun ke tahun pada bulan Mei, rekod tertinggi sejak mata wang tunggal Euro diperkenalkan.

Angka itu juga empat kali ganda lebih tinggi daripada sasaran dua peratus bank pusat.

Lonjakanyang didorong oleh perang di Ukraine serta kenaikan harga tenaga, telah menguatkan gesaan untuk ECB bertindak lebih cepat dalam menamatkan dasar monetarinya yang longgar.

ECB ketinggalan berbanding BoE dan Fed yang mana telah bertindak agresif dalam menangani tekanan inflasi.

Namun begitu, pelan pertama ECB adalah menamatkan pembelian aset dalam program rangsangan era krisisnya sebelum mula menaikkan kadar faedah.

Program yang dikenali dengan APP adalah yang terakhir dalam siri pembelian bon oleh ECB sejak 2014, bernilai sekitar €5 trillion.

Presiden ECB Christine Lagarde baru-baru ini menyebutkan bahawa APP berkemungkinan akan “berakhir sangat awal pada suku ketiga”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *