ecb-10

ECB Berhati-hati Namun Terbuka Dengan Kenaikan Kadar Faedah Lebih Besar

Bank Pusat Eropah (ECB) tidak menolak kenaikan kadar faedah yang lebih drastik berbanding 25 mata asas yang dipersetujui pada mesyuarat terakhir pada Jun lalu.

Menurut minit yang diterbitkan semalam, kenaikan kadar faedah pertama dalam 11 tahun, yang akan ditandatangani secara rasmi pada mesyuarat ECB 21 Julai ini, adalah sebahagian daripada pendekatan berperingkat yang telah dirancang untuk dasar monetari

Walau bagaimanapun, “berperingkat-peringkat itu tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai tindakan yang perlahan dengan langkah yang kecil. Tidak juga sepatutnya dilihat sebagai menghalang kenaikan kadar faedah melebihi 25 mata asas”, kata minit tersebut.

Mesyuarat ECB pada Jun lalu menjadi titik perubahan dalam dasar akomodatif bank pusat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan jangkaan kadar akan terus dinaikkan pada bulan-bulan berikutnya dalam usaha memerangi inflasi.

Langkah ECB itu telah dinanti-nantikan selepas beberapa bank pusat utama yang lain menaikkan kadar faedah mereka.

“Sebilangan ahli” menyatakan kecenderungan awal pada bulan Jun untuk memastikan pintu persetujuan untuk kenaikan yang lebih besar pada mesyuarat Julai sentiasa dibuka.

Hal ini kerana, menurut mereka ECB perlu bersedia melaraskan saiz pergerakan kadar faedah sekiranya maklumat baharu yang tersedia untuk mesyuarat Julai menjejaskan prospek inflasi jangka sederhana dengan ketara.

Peningkatan 25 mata asas dilihat sebagai “langkah pertama yang saling berkolerasi”, terutamanya apabila ia akan menjadi “langkah yang perlu disediakan dan dijelaskan dengan teliti”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *