FILE PHOTO: The European Central Bank logo. Frankfurt, Germany, January 23, 2020. REUTERS/Ralph Orlowski/File Photo

ECB Dijangka Menaikkan Kadar Faedah Pada Suku Keempat 2022 – Klaas Knot

Klaas Knot, presiden bank pusat Belanda dan ahli Majlis Pentadbiran Bank Pusat Eropah, berkata hari ini beliau menjangkakan ECB akan menaikkan kadar faedah pada suku keempat tahun ini.

Dalam temu bual di program televisyen Belanda Buitenhof, Knot, yang dikenali sebagai salah seorang ahli lembaga ECB paling hawkish, berkata beliau menyokong penamatan program pembelian aset bank pusat secepat mungkin.

“Secara peribadi, saya menjangkakan kenaikan kadar pertama kami akan berlaku sekitar suku keempat tahun ini, saya tidak mempunyai sebab untuk menjangkakan kami akan mengambil langkah yang berbeza.” jelas Knot sambil menyatakan pendapat bahawa kenaikan kedua mungkin akan menyusul pada awal 2023.

Kenyataan Knot dikeluarkan selepas Presiden ECB Christine Lagarde pada Khamis dilihat telah mebuka pintu ‘rate hike’ bagi tahun ini, namun masih cenderung untuk mengatakan bahawa ianya tidak mungkin berlaku.

Hal ini kerana bank pusar perlu menamatkan program pembelian asetnya yang ketika ini akan dikecilkan kepada €20 bilion (RM95 bilion) sebulan menjelang suku keempat.

Bagaimanapun, sejak Khamis pasaran bon telah mula menetapkan jangkaan kenaikan kadar faedah sekitar 40 mata asas menjelang Disember.

“Dua kenaikan kadar pertama akan mengikuti satu sama lain dengan cepat, kerana ia perlu untuk mebawa kita keluar dari zon negatif,” kata Knot.

“Selepas itu, jika kita tidak lagi melihat lingkaran paras gaji dan jangkaan inflasi kekal di sekitar sasaran 2 peratus ECB, tiada lagi sebab untuk kami meningkatkan kadar faedah dengan ketara dan cepat.”

Knot berkata bahawa inflasi 5.1 peratus di Zon Eropah pada Januari, adalah terlalu tinggi, dan mungkin akan berlarutan hingga 2023 menyusut dengn jangkaan tiada kenaikan pada harga tenaga.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *