ecb2

ECB ‘Rate Hike’ Pasti Dilakukan Kerana Menangani Inflasi Adalah Keutamaan – Villeroy

Keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk menaikkan kadar faedah pada Julai dan September ini pada asasnya adalah pasti akan dilakukan untuk menangani tekanan inflasi yang tinggi, kata ketua bank pusat Perancis Francois Villeroy de Galhau.

Presiden ECB Chrstine Lagarde turut mengulas tentang kenaikan kadar pada minggu ini, meningkatan kemungkinan untuk bank pusat mengeluarkan kadar faedah daripada zon negatif menjelang akhir September ini sebelum meneruskan kenaikan pada pertemuan selanjutnya.

“Jika kamu melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Lagarde pada Isnin lalu, kenaikan kadar faedah mungkin dilakukan kerana terdapat kesepakatan yang semakin meningkat”, ujar Villeroy yang juga penggubal dasar ECB kepada panel di Forum Ekonomi Dunia.

Villeroy menyebutkan bahawa inflasi bukan sahaja naik hampir empat kali ganda daripada sasaran 2 peratus ECB, malah semakin meningkat dengan angka asas turut bergerak jauh melebihi sasaran tersebut.

“Ini sebabnya kenapa kita perlu normalisasikan dasar kewangan. Saya akan menolak idea pertukaran jangka pendek antara inflasi dan pertumbuhan. Dalam jangka pendek, keutamaan kami adalah jelas… memerangi inflasi,” tegasnya.

Beliau juga tidak menjangkakan ekonomi Eropah akan meleset dengan isyarat-isyarat terkini menunjukkan sebaliknya, semakin mengembang dengan dorongan sektor perkhidmatan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *