Elon-Musk-tweet-twitter

Elon Musk Akan Mencari Ketua Baharu Bagi Mengurus Twitter

Elon Musk berkata semalam dia menjangka untuk mengurangkan masanya di Twitter dengan mencari pemimpin baharu untuk mengendalikan syarikat media sosial itu.

Beliau juga berharap dapat menyelesaikan penstrukturan semula organisasi itu minggu ini.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Musk semasa memberi keterangan di mahkamah Delaware untuk mempertahankan terhadap dakwaan bahawa pakej gajinya AS$56 bilion di Tesla Inc adalah berdasarkan sasaran prestasi yang mudah dicapai.

Bagaimanapun Musk kemudiannya berkata dalam tweet bahawa dia akan terus menguruskan Twitter sehingga ia berada pada kedudukan yang kukuh, walaupun ia akan “mengambil sedikit masa.”

Tweet itu ditulis selepas pengasas dan juga bekas CEO Jack Dorsey berkata bahawa dia tidak akan menerima peranan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter.

Sementraa itu, para pelabur Tesla semakin bimbang tentang waktu yang akan dikhaskan oleh Musk untuk mengubah Twitter.

“Terdapat ledakan aktiviti yang diperlukan di peringkat awal selepas pengambilalihan bagi menyusun semula syarikat itu,” kata Musk dalam keterangannya.

“Tetapi selepas itu saya harap saya dapat mengurangkan masa di Twitter,” tambahnya.

Musk juga mengakui bahawa beberapa jurutera Tesla membantu dalam menilai pasukan kejuruteraan Twitter, tetapi dia berkata ia adalah “secara sukarela” dan “selepas waktu bekerja.”

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *