tesla-elon-musk1

Elon Musk Kini Menjadi Pemegang Saham Terbesar Twitter

Saham Twitter melonjak selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Elon Musk mendedahkan pada hari Isnin bahawa telah membeli sebahagian besar kepentingan dalam syarikat media sosial itu.

Musk yang mempunyai lebih daripada 80 juta pengikut di Twitter pernah mengkritik platform itu kerana pendekatannya terhadap hak bersuara.

Namun begitu, menurut pemfailan kepada bursa semalam, Musk kini telah menjadi pemegang saham terbesar Twitter berikutan pembelian 73.5 juta saham atau 9.2 peratus saham biasa.

Berdasarkan harga saham pada Jumaat lalu, pelaburan itu bernilai AS$2.9 bilion dengan Musk kekal sebagai lelaki terkaya dunia dengan nilai bersih AS$287.6 bilion menurut Forbes.

Musk merupakan pengguna aktif di Twitter dan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi tentang sesuatu isu atau berhubung perniagaan.

Saham Twitter melonjak tinggi selepas pengumuman tersebut, naik 27.1 peratus kepada AS$49.97 sesaham.

“Kami menjangkakan kepentingan pasif ini hanya sebagai permulaan untuk perbincangan yang lebih luas dengan ahli lembaga Twitter (dan) pengurusan yang akhirnya boleh membawa kepada kepentingan aktif dan peranan pemilikan (berpotensi) lebih agresif Twitter,” penganalisis Daniel Ives dan John Katsingris dari Wedbush menulis dalam nota.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *