Elon Musk bakal menjadi trilionair pertama di dunia?

Aina Julia
1 Min Read

Billionair Elon Musk, individu terkaya dunia, kini hampir separuh jalan untuk menjadi manusia pertama bergelar trilionair, lapor majalah Forbes pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu buat seketika menjadi orang pertama yang mencapai nilai kekayaan bersih sebanyak USD500 bilion, selepas saham syarikat kenderaan elektriknya meningkat semula berikutan episod kurang berjaya dalam arena politik, selain beberapa keuntungan lain.

Saham Tesla kembali melonjak naik selepas Elon Musk mengundurkan diri dari arena politik.

Menurut penjejak Real-Time Billionaires Forbes, nilai bersih kekayaan Musk, 54 tahun, mencecah USD500.1 bilion pada Rabu sebelum susut sedikit kepada USD499.1 bilion. Selepas Musk, senarai Forbes menempatkan Ketua Pegawai Eksekutif Oracle, Larry Ellison, dengan kekayaan bernilai USD350.7 bilion, diikuti Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, dengan USD245.8 bilion.

Musk mula mengumpul jutaan pertamanya selepas menamatkan pengajian di University of Pennsylvania dan meninggalkan Stanford University. Beliau menjual syarikat perisian penerbitan atas talian miliknya kepada pengeluar komputer AS, Compaq, pada tahun 1999 dengan harga lebih USD300 juta.

Syarikat seterusnya bergabung dengan PayPal, dan selepas meninggalkan usaha itu, usahawan teknologi kelahiran Afrika Selatan ini menubuhkan syarikat roket angkasa lepas SpaceX pada 2002, serta menjadi pengerusi syarikat kereta elektrik Tesla pada 2004.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *