gold-tampered

Emas Berpotensi Kekalkan Momentum Menaik Menjelang Laporan NFP Minggu Ini

Kelemahan data-data ekonomi AS telah memicu kebimbangan terhadap risiko kemelesetan pada minggu lalu.

Namun begitu, para pelabur masih berhati-hati dalam meletakkan sebarang posisi dagangan yang besar sebelum Fed mengumumkan keputusan dasarnya yang terkini.

Kebimbangan itu telah mendorong harga emas tutup dalam zon positif dua minggu berturut-turut walaupun kehilangan momentum pada hari Jumaat yang lalu.

Bagaimanapun, spot emas atau XAU/USD kini berdepan dengan penghadang yang kukuh untuk menawan semula rintangan kritikal AS$1,770.00.

Setakat jam 3.20 petang, logam berharga didagang sekitar paras AS$1,765.00 per auns, naik 0.04 peratus.

Permintaan emas dijangka akan meningkat, sekali gus mengembalikan momentum menaik menjelang laporan NFP pada minggu ini.

Hal ini kerana sektor pekerjaan AS dijangka mencatat prestasi yang suram pada bulan lalu berikutan pelbagai syarikat teknologi AS telah menghentikan proses pengambilan mereka seperti yang didedahkan dalam ulasan pendapatan suku kedua mereka.

Tinjauan teknikal jangka pendek juga menunjukkan kecenderungan menaik menjelang laporan pekerjaan tersebut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *