emas11

Emas Mengukuh Dengan Kelemahan Dolar AS Menjelang Simposium Fed

Harga emas meningkat pada Khamis, disokong oleh pullback dolar AS, sementara pelabur menunggu panduan mengenai kadar faedah oleh Fed menerusi mesyuarat tiga hari bank pusat utama di Jackson Hole minggu ini.

Setakat jam 10.10 malam, spot emas (XAU/USD) didagang sekitar AS$1,754.50 per auns, naik 0.2% manakala kontrak hadapan emas naik 0.35% kepada AS$1,767.50.

Indeks dolar pula jatuh 0.1% ke paras 108.55 mata, menjadikan emas lebih murah kepada pemegang-pemegang mata wang asing.

Pelabur di seluruh pasaran kewangan sedang bersiap sedia untuk bank pusat AS mengulangi komitmennya dalam menjinakkan inflasi atau memberi isyarat “berubah” kepada mengurangkan kenaikan kadar faedah.

Ucapan pengerusi Fed Jerome Powell pada persidangan tahunan perbankan pusat global hari Jumaat ini turut menjadi perhatian.

“Adakah Fed masih ingin menaikkan kadar secara agresif dan memberi kesan kepada ekonomi atau adakah langkah itu merugikan… pasaran ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini,” kata Brian Lan pengarah urusan GoldSilver Central di Singapura.

Dasar monetari akan menjadi faktor utama dalam jangka pendek bagi pasaran emas, dengan kadar faedah yang lebih tinggi mempengaruhi tingkah laku pengguna, tambah Lan.

Kenaikan kadar meningkatkan kos peluang untuk memegang emas, yang tidak perlu membayar faedah, di samping meningkatkan dolar AS.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *