goldemas2

Emas Susut Pada April, Dolar AS Catat Peningkatan Terbesar Sejak Tujuh Tahun

Emas, aset yang sering menjadi pilihan para pelabur untuk menyelamatkan dana daripada inflasi sekali lagi mengalami kesukaran untuk menyinar, ditekan oleh pesaing utamanya, dolar yang telah mencatat peningkatan terbesar sejak tujuh tahun lalu.

Walaupun meningkat 1 peratus pada hari Jumaat lalu dan kekal di atas $1,900 per auns, emas tetap mencatat penyusutan 2 peratus pada bulan April.

Penurunan emas itu diselangi dengan peningkatan indeks USD yang telah melonjak 4.6 peratus pada bulan April, peningkatan terbesar sejak Januari 2015.

Dalam 20 sesi dagangan pada bulan April, greenback hanya mencatat penurunan sebanyak empat kali, menjadikannya rentak kemenangan paling luar biasa untuk dolar AS.

Lonjakan dolar itu didorong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi oleh Fed untuk baki pertemuan tahun ini, malah mungkin berlanjutan hingga tahun hadapan.

Hal ini kerana Fed sangat jelas dalam menyatakan kecenderungan mereka untuk mengetatkan dasar bagi menangani tekanan inflasi yang sedang berada pada kadar terpatas sejak 40 tahun.

Pada 18 April, emas mencecah paras tertinggi enam minggu, dipandu oleh kebimbangan bahawa tindakan agresif Fed dalam mengawal inflasi akan mengakibatkan AS mengalami kemelesetan.

Namun begitu, kebimbangan tersebut diselimuti oleh keyakinan terhadap prestasi pasaran buruh sehingga dolar naik dengan kelebihan ‘rate hike’ tersebut, sekali gus mengurangkan pegangan emas dan aset selamat yang lain.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *