erricson-5g

Ericsson Umum Buang 8,500 Pekerja Di Seluruh Dunia

Pembuat peralatan telekomunikasi Ericsson akan memberhentikan 8,500 pekerja di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mengurangkan kos, kata memo yang dihantar kepada pekerja.

“Cara pengurangan bilangan pekerja akan diuruskan berbeza bergantung pada amalan negara tempatan,” tulis Ketua Eksekutif Borje Ekholm dalam memo yang dilaporkan oleh Reuters.

Walaupun syarikat teknologi seperti Microsoft, Meta dan Alphabet telah memberhentikan ribuan pekerja berdasarkan keadaan ekonomi, langkah Ericsson akan menjadi satu pemberhentian terbesar yang melanda industri telekomunikasi.

“Di beberapa negara pengurangan bilangan pekerja telah pun dimaklumkan pada minggu ini,” jelas EKhlom.

Pada hari Isnin lalu, gergasi telekomunikasi yang menggaji lebih 105,000 di seluruh dunia itu mengumumkan rancangan untuk mengurangkan kira-kira 1,400 pekerjaan di Sweden.

Walaupun Ericsson tidak mendedahkan lokasi geografi yang paling terjejas, penganalisis telah meramalkan bahawa Amerika Utara berkemungkinan menjadi kawasan paling terjejas manakala pasaran membangun seperti India paling sedikit.

Syarikat itu berkata pada Disember ia akan mengurangkan kos sebanyak AS$880 juta menjelang akhir 2023 apabila permintaan semakin perlahan di beberapa pasaran, termasuk Amerika Utara.

“Adalah menjadi kewajipan kami untuk mengeluarkan kos ini untuk kekal berdaya saing,” kata Ekholm dalam memo itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *