gas-pipeline-russia

Eropah Bergelut Untuk Bersatu Menentang Ancaman Gas Rusia

Tindakan Eropah terhadap tuntutan Rusia mengenai pembayaran gas dalam rubel masih bercelaru dengan syarikat-syarikat yang terlibat berusaha mencari jalan penyelesaian untuk memastikan bekalan penting terus mengalir.

Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen semalam memperingatkan syarikat untuk tidak tunduk kepada tuntuan Rusia dengan menyebutkan ia akan melanggar sekatan yang dikenakan ke atas mereka.

Bagaimanapun, sebahagian daripada pihak yang terlibat tetap mematuhi sebahagian daripada tuntutan itu, malah panduan yang diterbitkan oleh EU seolah-olah membenarkan tindakan mereka.

Kerajaan Hungary mengesahkan pada hari ini bahawa mereka membayar euro kepada Gazprombank Rusia yang kemudiannya akan ditukarkan kepada rubel.

Hal ini merupakan petunjuk paling jelas bahawa tolak ansur mungkin diperlukan apabila perpecahan dalam menangai isu ini mulai muncul di antara negara anggota.

Poland yang enggan memenuhi tuntutan Rusia kini berhadapan dengan pemotongan bekalan secara mengejut pada hari Rabu, memaksa EU untuk menjelaskan panduan yang diberikan supaya tiada syarikat dapat meneksploitasi kelemahan.

Syarikat Uniper SE dari Jerman, pelanggan besar gas Rusia, telah berkata secara terbuka bahawa mereka percaya mereka mampu mengekalkan pembelian tanpa melanggar sekatan.

Di Itali, Eni SpA pembeli terbesar gas Rusia di sana sedang menyediakan langkah yang membolehkan ia mematuhi tuntutan baharu, menurut orang yang biasa dengan situasi itu.

Bloomberg melaporkan bahawa terdapat empat pembeli Eropah telah membayar dalam rubel dan 10 syarikat telah membuka akaun di Gazprombank bagi mematuhi pertaruan baharu yang diperkenalkan.

Menteri Kabinet Hungary menegesahkan bahawa mereka adalan antara 10 negara yang membuka akaun di Gazprombank.

Memandangkan tarikh akhir pembayaran telah tamat, syarikat dan kerajaan perlu memutuskan sama ada untuk menerima tuntutan Rusia, sekali gus mengukuhkan Moscow dalam perangnya di Ukraine atau mengambil risiko prospek catuan gas di rumah.

EU menjelaskan pada hari Khamis bahawa membuka akaun dalam rubel akan melanggar sekatan. Tetapi ia masih menjadi persoalan terbuka sama ada fudge yang boleh diterima oleh Moscow masih boleh dilakukan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *