eu-india-landing_0

EU, India Sambung Rundingan Perdagangan Selepas Tergendala Sejak 9 Tahun Lalu

India dan Kesatuan Eropah (EU) pada hari ini menyambung semula rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas selepas tergendala sejak sembilan tahun lalu, ketika negara-negara Barat berusaha untuk melepaskan India daripada hubungan rapat ekonominya dengan Rusia.

Digelar “raja tarif” oleh bekas presiden AS Donald Trump, India telah menjadi lebih terbuka untuk mengurangkan halangan perdagangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Rusia.

Bukan sahaja enggan mengutuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, malah meningkatkan pembelian minyak daripada sekutu strategiknya yang lama dan pembekal senjata terbesar.

Manakala, EU merupakan rakan dagangan kedua terbesar India selepas AS, namun perbincangan mengenai isu perdagangan termasuk pemotongan tarif dan perlindungan paten telah tergendala sejak 2013 yang lalu.

Perdagangan barangan mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak AS$116 bilion pada 2021-22, dengan eksport India kepada 27 anggota EU mencecah AS$65 bilion.

“Kedua-dua pihak menyasarkan agar rundingan perdagangan menjadi menyeluruh, seimbang dan komprehensif, berdasarkan prinsip keadilan dan timbal balik.

Terdapat juga perbincangan untuk menyelesaikan Isu Akses Pasaran yang menghalang perdagangan dua hala,” kata kementerian perdagangan India awal bulan ini ketika mengumumkan rundingan pusingan pertama di Delhi, yang dijadualkan berlangsung sehingga Jumaat.

Negara India pada Februari telah menandatangani perjanjian perkongsian ekonomi utama dengan Emiriah Arab Bersatu.

Sementara pada April, mereka bersetuju dengan perjanjian perdagangan bebas interim bersama Australia, bertujuan menamatkan perjanjian penuh menjelang akhir tahun.

India juga sedang dalam rundingan perdagangan dengan Kanada, Israel dan Britain. Perdana Menteri Boris Johnson berkata dalam lawatan pada bulan April bahawa Britain dan India berharap untuk mencapai persetujuan menjelang Oktober ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *