ev-cars-charging

EU Sedia Dedahkan Kadar Tarif Ke Atas EV China Minggu Ini

Suruhanjaya Eropah dijangka mendedahkan tarif yang telah dirancang untuk dikenakan ke atas kenderaan elektrik (EV) China pada minggu ini sebagai tindak balasa ke atas dakwaan subsidi yang berlebihan oleh Beijing.

Penetapan itu bakal dibuat setelah hampir sebulan Washington menggandakan cukai EV China kepada 100 peratus.

Eropah bagaimanapun dijangka akan menetapkan tarif yang jauh lebih rendah untuk import daripada pembuat China seperti BYD dan Geely serta pengeluar barat seperti Tesla yang mengeksport kereta dari China ke Eropah.

Langkah itu dilakukan ketika para pembuat kenderaan Eropah dicabar oleh kemasukan EV kos rendah daripada pesaing China.

Pembuat kereta Jerman khususnya sangat bergantung kepada jualan di China. Oleh itu bimbang akan tindak balas China, firma-irma kereta Eropah juga mengimport kenderaan buatan China mereka sendiri.

Namun begitu, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen telah berulang kali berkata Eropah perlu bertindak untuk menghalang China daripada membanjiri pasaran blok itu dengan EV bersubsidi.

“Jika diprovokasi, reaksi dan kesannya boleh membawa kepada perang perdagangan yang akan memusnahkan rantau yang masih sangat bergantung kepada rantaian bekalan yang dikuasai China untuk mencapai matlamat iklimnya yang tinggi,” kata Will Roberts, ketua penyelidikan automotif di Rho Motion.

China telah mengkritik EU berhubung penyiasatan anti-subsidi, menggesa kerjasama dan melobi setiap negara dalam kesatuan EU.

Beijing telah pun melancarkan siasatan anti-lambakan terhadap kebanyakan import arak brendi buatan Perancis.

Mereka juga meluluskan undang-undang pada April lalu untuk mengukuhkan keupayaannya untuk bertindak balas sekiranya AS atau EU mengenakan tarif ke atas eksport ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *