ABC-Correction-26-4

EUR/JPY ABC Correction Update

Selepas 5 gelombang pendakian dari paras rendah 124.38 yang berakhir pada puncak 140.00, harga ketika ini sedang melakukan pemulihan harga didalam 3 gelombang.

Gelombang ((A)) dicadangkan telah selesai pada paras rendah 134.77 dan naik dari situ untuk menyelesaikan gelombang (( B )) pada puncak 138.31.

Gelombang (i) of ((C)) dicadangkan telah seleai pada paras rendah 136.73, gelombang (ii) of ((C)) pula selesai pada puncak 137.70 dan gelombang (iii) of ((C)) pada paras rendah 132.65. Harga semasa mencadangkan gelombang (iv) of ((C)) berakhir pada paras tinggi 135.04 dan dijangka harga untuk melakukan satu lagi paras rendah yang baru dibawah 132.65 untuk melengkapkan seluruh 3 gelombang ABC Corrective Wave ini dari puncak 21 April dan dijangka pendakian disambung semula.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *