A picture shows an Emirati man walking at the Dubai Expo 2020, on October 1, 2021. - Expo 2020 opened in Dubai, hoping to attract millions of visitors with its imaginative pavilions and technological advances. (Photo by Karim SAHIB / AFP) (Photo by KARIM SAHIB/AFP via Getty Images)

Expo Dubai 2020: Lapan Syarikat Malaysia Tandatangani MoU Bernilai RM197 Juta

Lapan syarikat Malaysia semalam berjaya menandatangani pelaburan bernilai lebih AS$47 juta (RM197 juta) dengan perusahaan yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perjanjian itu ditandatangani pada Minggu Pertanian Lestari di Expo Dubai 2020, sebagai salah satu usaha memacu pertanian lestari antara kedua-dua negara.

Kerajasama itu juga akan membantu Malaysia mempromosikan dan mengembangkan potensinya dalam memperoleh pertanaian mampan dengan mewujudkan penglibatan dan strategi yang kukuh bersama UAE serta pemain global yang lain.

Menurut agensi pelaksana Minggu Pertanian Lestari, Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia, sebanyak lima memorandum persefahaman (MoU), dua memorandum perjanjian (MoA) dan satu kontrak jualan ditandatangani samalam.

Lima MoU tersebut adalah di antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Pusat Pertanian Biosaline Antarabangsa (ICBA); Agarwood Synergy Holdings Sdn Bhd dan Muzium Teh & Kopi LLC; MSD Innovation Sdn Bhd dan Sweet Corn General Trading LLC; Tamara Nanoetech (M) Sdn Bhd dan Hydromak; serta Global Agro Asia Sdn Bhd dengan Standard & Origin Pvt Ltd dari Maldives.

Dua MoA pula ditandatangani antara As Syura Trading & Recourses Bhd dan Finefield Trading LLC dari Mesir serta DRS Trading Sdn Bhd dan Ali Ghalomi Vegetables and Fruits LLC.

Manakala kontrak jualan di antara Free the Seed dan Bio4Pack Gmbh dari Jerman.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Datuk Mohd Tarid Sufian.

Pada acara yang dinanti-nantikan itu, syarikat-syarikat Malaysia turut melancarkan dan mempamerkan beberapa produk dan perkhidmatan pertanian negara di samping menggunakan platform itu untuk menembusi pasaran serantau dengan menggunakan UAE sebagai pintu masuk.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia adalah kementerian utama bagi penyertaan Malaysia di Expo 2020 Dubai dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia sebagai agensi pelaksana.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *