usd-fed

Fed Berkata Mata Wang Digital Bank Pusat Mampu Menawarkan Manfaat

Fed dalam satu kenyataan berkata mata wang digital AS yang rasmi berpotensi menawarkan manfaat kepada pengguna dan perniagaan Amerika.

Bagaimanapun, ianya masih belum jelas sama ada manfaat tersebut dapat mengatasi potensi risiko, jelas Fed.

Dalam satu laporan yang ditunggu-tunggu mengenai mata wang digital bank pusat (CBDC), Fed menegaskan bahawa mereka belum menetapkan pendirian.

Laporan itu juga tidak memberi “isyarat tentang sebarang keputusan yang akan berlaku mengenai kesesuaian mengeluarkan CBDC.”

Peningkatan global mata wang kripto seperti bitcoin serta penggunaan pembayaran digital yang semakin meningkat telah memupuk minat terhadap wang digital rasmi.

Situasi ini telah mendorong bank-bank pusat utama di seluruh dunia untuk meneroka potensi tersebut, sementara Nigeria telah melancarkan wang mayanya sendiri pada Oktober tahun lalu.

Walau bagaimanapun, CBDC juga boleh menimbulkan risiko dan menimbulkan persoalan tentang bagaimana ia boleh menjejaskan bank dan ketersediaan kredit serta “kestabilan sistem kewangan, dan keberkesanan dasar monetari.”

Fed berkata laporan itu hanyalah “langkah pertama dalam perbincangan awam… tentang potensi manfaat dan risiko CBDC AS,” dan telah meminta jawapan kepada soal selidik sebelum 20 Mei.

Selain itu, Fed juga dijangka memerlukan sokongan dan kelulusan dari Kongres untuk mengeluarkan mata wang digital tersebut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *