fed-building1

Fed Dijangka Umum Kenaikan Kadar Kali Kesepuluh Walaupun Ekonomi Perlahan

Federal Reserve AS secara meluas dijangka menaikkan kadar pinjaman penanda arasnya untuk kali kesepuluh pada Rabu ini dan berkemungkinan akan menjadi yang terakhir dalam usahanya menangani inflasi yang tinggi.

Bank pusat AS berkemungkinan mengambil keputusan tersebut walaupun terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi Amerika semakin perlahan.

Majoriti ahli ekonomi melihat bahawa AS akan memasuki kemelesetan sederhana pada akhir tahun ini.

Penganalisis dan peniaga menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (bp) dan kemudian mengekalkannya dalam usaha membawa inflasi kembali ke arah sasaran jangka panjang dua peratus tanpa mencetuskan kemelesetan yang lebih mendalam.

“Kami menjangkakan Fed akan meningkat sebanyak 25bp minggu depan dan memberi isyarat berhenti seketia pada Jun, dengan kecenderungan yang lemah untuk melihat kadar terus menaik,” tulis ahli ekonomi Bank of America dalam nota kepada pelanggan.

Kenaikan kadar selanjutnya yang akan diumumkan oleh Fed pada Rabu ini akan menandakan kenaikan berturut-turut kadar faedah buat kali yang kesepuluh, menjadikan penanda aras itu antara 5 dan 5.25 peratus, paras tertinggi sejak 2007.

Menurut data daripada CME Group, lebih 80 peratus pedagang niaga hadapan juga menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas lagi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *