powell3

Fed Ingin Melihat Pertumbuhan Ekonomi “Menurun” – Powell

Federal Reserve ingin melihat pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan dan bukti yang “jelas” bahawa inflasi berkurangan sebelum menarik balik dasar agresif yang dilaksanakan bagi memperlahankan ekonomi.

Pengerusi Fed, Jerome Powell berkata demikian pada satu acara bersama The Wall Street Journal sambil menekankan bahawa ekonomi terbesar dunia itu sedang menghadapi inflasi terpantas dalam 40 tahun.

Situasi tersebut telah mendorong bank pusat untuk bertindak meredakan tekanan harga dengan mengumumkan kenaikan kadar faedah terbesar sejak 2000 pada awal bulan ini.

Powell juga berkata para penggubal dasar telah bersetuju dengan satu lagi kenaikan agresif yang dijadualkan pada bulan Jun dan Julai.

“Apa yang kita perlukan adalah untuk melihat… pertumbuhan menurun daripada paras yang sangat tinggi yang telah kita perhatikan tahun lalu,” jelas Powell.

“Menurun ke paras yang masih positif” namun masih memberi laluan kepada penawaran mengejar permintaan, tegasnya.

Bagaimanapun, unjuran ekonomi masih tidak menentu dilanda cabaran serentak yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Antara faktor yang mengelabui outlook adalah termasuk kesan pandemik, isu rantaian bekalan, kesan perang di Ukraine ke atas harga komoditi dan kekurangan buruh yang tidak dijangka, ujar Powell.

“Kita tidak tahu arah laluan ekonomi. Terdapat banyak peristiwa dunia yang sedang berlaku yang mampu menjejaskan perkara yang bukan di bawah kawalan kami,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *