brahim-airline-catering

Gagal Kemukakan Pelan Regulisasi Pada Waktunya, Brahim’s Akan Dinyahsenarai Pada 3 Jun

Syarikat PN17 Brahim’s Holdings Bhd akan dinyahsenarai pada 3 Jun selepas 28 tahun syarikat itu disenaraikan pada 1994.

Penyingkirian tersebut adalah susulan penolakan Bursa Malaysia terhadap rayuan kumpulan itu untuk mendapatkan lebihan masa sebelum menyerahkan pelan regulisasinya.

Dalam pemfailan kepada bursa, Bursa Malaysia berkata bahawa deposit Brahim’s dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd mungkin akan kekal disimpan, walaupun sekuriti dinyahsenaraikan.

“Sebagai alternatif, pemegang saham syarikat yang berhasrat untuk memegang sekuriti mereka dalam bentuk sijil fizikal boleh mengeluarkan sekuriti ini daripada akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) mereka yang diselenggara dengan Bursa Depository pada bila-bila masa selepas sekuriti syarikat itu dinyahsenarai daripada senarai rasmi Sekuriti Bursa.

“Hal ini boleh dilaksanakan oleh pemegang saham yang mengemukakan borang permohonan untuk pengeluaran mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Bursa Depository,” kata Bursa Malaysia.

Katering syarikat penerbangan itu diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai berstatus PN17 pada 28 Feb 2019 selepas ekuiti pemegang sahamnya jatuh di bawah ambang 25%.

Kemudian, saham telah digantung sejak 22 April dan kali terakhir didagangkan pada satu sen, dengan nilai RM3.07 juta

Saham Brahim’s pernah mencapai kemuncaknya sebanyak RM2.64 pada Mac 2014 dengan keuntungan bersih RM22.03 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013. Sejak itu, tiada keuntungan dilaporkan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *