GBP/AUD ABC Correction

GBP/AUD ABC Correction

Pembentangan Elliott Wave telah menunjukkan bahawa harga telah lengkap menyelesaikan 5 gelombang dari puncak 19 Mac. Wave (1) telah berakhir pada

Pembentangan Elliott Wave telah menunjukkan bahawa harga telah lengkap menyelesaikan 5 gelombang dari puncak 19 Mac.

Wave (1) telah berakhir pada 1.9670, Wave (2) berakhir pada 2.0594 dengan struktur dalaman terbentuk sebagai satu Flat Correction ABC dimana Wave (A) of (2) berakhir pada 2.0357, Wave (B) of (2) berakhir pada 1.9515 dan Wave (C) of (2) berakhir pada 2.0594.

Harga seterusnya telah membuat penurunan dari 2.0594 ke arah 1.9513 untuk melakukan Wave (3) dan pengunduran ke arah puncak 16 April (1.9899) sebagai Wave (4) dan Wave (5) berakhir pada paras harga rendah 30 April (1.8978).

Kini harga sedang melakukan satu pengunduran pasaran yang lebih besar untuk membetulkan penurunan harga dari puncak 19 Mac sekurang-kurangnya didalam 3 gelombang.

Sebarang pengunduran pada time frame yang lebih rendah, dinasihatkan hanya untuk melakukan pembelian ke arah 1.9900 sekurang-kurangnya dengan Stop Loss berada sedikit dibawah 1.8978.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: