pound-gbp4

GBP/USD Kembali Mendatar Tanpa Perubahan Selepas Jatuh Ke Paras Terendah Dua Minggu

Pound sterling kembali pulih untuk didagang berhampiran harga sesi yang lalu selepas jatuh ke paras terendah dua minggu.

Sekatat jam 7.30 malam, pasangan mata wang GBP/USD didagang tanpa perubahan sekitar 1.3083.

Kejatuhan pound berlaku sehari selepas Gabenor Bank Pusat England (BoE) Andrw Bailey mengulangi mesej dovish dan berhati-hati bank pusat mengenai keputusan dasar pertengahan Mac lalu.

Bailey berkata bahawa BoE mula melihat bukti-bukti tentang kegawatan ekonomi, yang mana dijangka akan menurunkan tekanan inflasi domestik.

Pada awal bulan ini, BoE telah menaikkan kadar faedahnya pada tiga mesyuarat berturut-turut namun dilihat telah mengurangkan tekanan mengenai keperluan untuk kenaikan kadar selanjutnya.

Bagaimanapun, harapan positif terhadap rundingan damai Rusia-Ukraine telah mengekang permintaan aset-aset safe haven seperti USD, sekali gus menghadkan kejatuhan GBP/USD.

Oleh itu, fokus pasaran masih tertumpu kepada perkembangan sekitar Rusia dan Ukraine dan tajuk-tajuk baharu berkaitan geopolitik akan terus mempengerahui sentimen pasaran secara meluas.

Hal ini termasuk pergerakan hasil bon AS yang akan memandu permintaan dolar AS, sekali gus memicu peluang dagangan jangka pendek bagi GBP/USD.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *