Gencatan Senjata Iran ‘Nyawa-Nyawa Ikan’, Misi AS Di Selat Hormuz Mungkin Kembali

Rio Boestamam
2 Min Read

Presiden Donald Trump menyifatkan status gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran kini berada di tahap yang paling lemah dan seolah-olah menunggu masa untuk runtuh. Kenyataan tegas ini dikeluarkan selepas Iran menolak syarat-syarat yang ditetapkan oleh Washington bagi meredakan konflik, terutamanya berkaitan sekatan program nuklear negara tersebut.

Di sebalik tekanan ekonomi yang meningkat di peringkat domestik, Trump menegaskan bahawa beliau tidak akan merasa bosan atau tunduk kepada desakan untuk menamatkan penglibatan AS. Sebaliknya, beliau menekankan matlamat untuk mencapai kemenangan penuh tanpa kompromi terhadap pihak lawan.

Satu langkah strategik yang sedang dipertimbangkan ialah menghidupkan semula Operation Freedom, iaitu misi pengawalan kapal tangki minyak dan perdagangan melalui Selat Hormuz. Misi ini sebelum ini pernah dilancarkan pada awal Mei namun dihentikan selepas hanya dua hari beroperasi.

Sebelum ini, Operasi Freedom yang menghantar kapal tentera AS mengiringi kapal-kapal perdagangan lain untuk melepasi Selat Hormuz telah dimulakan, namun dibatalkan selepas dua hari.

Trump turut melabel cadangan balas yang dihantar oleh pihak Iran sebagai tidak bernilai. Bagi beliau, kegagalan rundingan setakat ini menunjukkan ketidakseriusan pihak Iran dalam mencapai keamanan yang dipersetujui bersama oleh pihak antarabangsa.

Menyentuh tentang kepimpinan di Tehran, Trump melihat wujudnya perpecahan antara kumpulan sederhana dan kumpulan radikal yang beliau labelkan sebagai “golongan gila.” Beliau memberi amaran bahawa golongan yang memilih untuk berperang akan menghadapi kekalahan dalam tempoh yang sangat singkat.

Secara keseluruhannya, pentadbiran Trump kini dilihat sedang memperkasakan semula tekanan ketenteraan dan diplomatik. Fokus utama Washington kekal untuk memastikan Iran tidak mempunyai keupayaan untuk mengembangkan pengaruh nuklear mereka di rantau tersebut.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *