google-nigeria

Google Rancang Latih 20,000 Warga Nigeria Dalam Kemahiran Digital

Google merancang untuk melatih 20,000 wanita dan belia di Nigeria dalam kemahiran digital dan menyediakan geran sebanyak 1.2 bilion naira (AS$1.6 juta) bagi membantu kerajaan mewujudkan satu juta pekerjaan digital di negara itu, kata eksekutif Google di Afrika semalam.

Nigeria merancang untuk mencipta pekerjaan digital untuk populasi belianya yang ramai, sebut Naib Presiden Kashim Shettima memberitahu eksekutif Google Africa semasa mesyuarat di Abuja.

Shettima berkata geran itu akan disediakan menerusi program kerjasama Data Science Nigeria, Inisiatif Industri Kreatif untuk Afrika.

Beliau berkata inisiatif Google juga mendapat kerjasama bank negara dan sejajar dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan penyertaan belia dalam ekonomi digital.

Pengarah Google untuk Afrika Barat Olumide Balogun berkata syarikat itu akan memberikan dana dan menyediakan kemahiran digital kepada wanita dan golongan muda di Nigeria dan juga membolehkan syarikat pemula berkembang dan mewujudkan pekerjaan.

Google komited untuk melabur dalam infrastruktur digital di seluruh Afrika, Charles Murito, pengarah perhubungan kerajaan dan dasar awam Google Afrika, berkata semasa mesyuarat itu, sambil menambah bahawa transformasi digital boleh menjadi pemboleh pekerjaan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *