Harga minyak merosot lebih AS$2 setong selepas laporan bahawa Israel dan Lubnan telah bersetuju secara prinsip terhadap gencatan senjata untuk menamatkan konflik Israel-Hezbollah. Niaga hadapan minyak Brent jatuh AS$2.16 kepada $73.01 setong, manakala WTI AS merosot AS$2.30 kepada $68.94 setong.
Israel menyatakan sedang bergerak menunju ke arah gencatan senjata, namun masih terdapat isu untuk diselesaikan. Pegawai Lubnan pula menyambut perkembangan itu dengan berhati-hati, menyebut bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sukar dipercayai.
Giovanni Staunovo dari UBS menjelaskan, penurunan harga minyak adalah disebabkan oleh berita gencatan senjata walaupun tiada gangguan bekalan berlaku. Pasaran minyak sering terkesan oleh kebimbangan mengenai gangguan bekalan global.
Minggu lalu, Brent dan WTI mencatatkan kenaikan mingguan terbesar sejak September selepas Rusia melancarkan peluru berpandu hipersonik ke Ukraine, meningkatkan ketegangan geopolitik.
Dalam pada itu, OPEC+ mungkin mengekalkan pemotongan pengeluaran minyak sedia ada pada mesyuaratnya 1 Disember nanti, menurut Menteri Tenaga Azerbaijan. Kumpulan ini telah menangguhkan kenaikan pengeluaran tahun ini kerana kebimbangan terhadap permintaan yang lemah.
Add a Comment