hitachi

Hitachi Jual Aset Di Perancis & Jerman, Harap EU Luluskan Perjanjian Pembelian Thales

Hitachi telah menawarkan untuk menjual aset di Perancis dan Jerman dalam usaha menangani kebimbangan dalam isu anti monopoli EU terhadap cadangan pembelian perniagaan isyarat kereta api GTS Thales sebanyak €1.7 bilion (AS$1.8 bilion).

Jurucakap Hitachi berkata, mereka telah memberikan tawaran pemulihan kepada Suruhanjaya Eropah pada minggu lalu, yang dijangka mendapat maklum balas daripada pelanggan dan pesaing Hitachi sebelum memutuskan sama ada menerima pemulihan atau menambah tuntutan.

“Pemulihan yang dicadangkan termasuk pelupusan perniagaan isyarat talian utama kami di Perancis dan Jerman,” kata jurucakap itu mengesahkan laporan Reuters pada minggu lalu.

Penguatkuasa anti monopoli EU telah menetapkan tarikh akhir 6 November untuk mengumumkan keputusannya.

Tawaran kepada EU adalah sama seperti yang ditawarkan kepada agensi persaingan UK yang turut menjual perniagaan isyarat talian utama Hitachi Rail UK, Perancis dan Jerman

Konglomerat Jepun itu juga telah menawarkan tindakan pemulihan berkaitan sistem isyarat kawalan kereta api berasaskan komunikasinya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *