foxconn-iphone-india-2

Foxconn Sasar Ganda Pekerja & Pelaburan Di India Dalam Tempoh 12 Bulan

Pembekal Apple Foxconn menyasarkan untuk menggandakan tenaga kerja dan pelaburannya di India menjelang tahun depan, kata V Lee, wakil syarikat Foxconn di India.

Foxconn yang berpangkalan di Taiwan, pengeluar kontrak elektronik terbesar di dunia, telah meluaskan kehadirannya dengan pantas di India dengan melabur dalam kemudahan pembuatan di selatan negara itu dalam usaha syarikat itu berpindah dari China.

V Lee dalam ucapan ulang tahun ke-73 Perdana Menteri India Narendra Modi, berkata syarikat itu “mensasarkan untuk menggandakan lagi pekerjaan, FDI (pelaburan langsung asing), dan saiz perniagaan di India” pada masa ini tahun hadapan.

Sehingga hari ini, Foxconn sudah mempunyai kilang iPhone di India yang telah menggaji 40,000 orang pekerja.

Pada Ogos yang lalu, negeri Karnataka berkata Foxconn akan melabur AS$600 juta untuk dua projek di negeri itu bagi membuat komponen sarung untuk iPhone dan peralatan membuat cip.

Pengerusi syarikat Foxconn, Liu Young-way berkata dalam taklimat pendapatan bulan lalu bahawa beliau melihat banyak potensi di India, sambil menambah: “pelaburan beberapa bilion dolar hanyalah permulaan”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *