hmd-nokia

HMD, Pemilik Jenama Nokia Mula Membuat Telefon Pintar 5G Di Eropah

HMD Global, pemegang lesen telefon pintar berjenama Nokia, telah menjadi syarikat telefon pintar utama pertama yang membuat peranti di Eropah, dengan model 5G pertamanya dibuat di Hungary.

Fokus pembuatan di Eropah itu ditujukan kepada pelanggan yang berminat dengan keselamatan data.

“Kami sangat teruja untuk mengeluarkan Nokia XR21, telefon pintar 5G lasak tandatangan kami, di Eropah,” kata pengasas bersama HMD Global, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Jean-Francois Baril.

“Kami berdedikasi untuk melabur dalam keselamatan, teknologi dan proses pembuatan yang menjadikan peranti kami lebih selamat dan tahan lebih lama.”

Sebelum HMD membuka operasi Hungary, Eropah tidak mempunyai pembuatan telefon pintar berskala besar berikutan syarikat utama seperti Apple dan Samsung membuat telefon mereka di Asia bagi mengurangkan kos.

HMD berkata model Eropah pertama direka untuk pelanggan perusahaan, yang sebahagian daripada mereka telah meminta keselamatan tambahan bersama rakan kongsi keselamatan IT mereka.

Syarikat itu sudah pun menyimpan data di Kesatuan Eropah, dengan data pengguna dan korporat daripada semua telefon pintarnya dipegang dan diproses pada pelayan di Finland sejak 2019.

HMD juga telah menandatangani perjanjian pelesenan eksklusif selama 10 tahun pada 2016 dengan Nokia Oyj, yang pernah menjadi pembuat telefon terbesar di duni.

Ia berkata pada Mac ia akan memulakan pembuatan di Kesatuan Eropah, sekali gus menggalakkan syarikat-syarikat untuk menubuhkan pengeluaran dalam sektor utama seperti semikonduktor.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *