hyundai-south-korea

Hyundai Motor Pecah Tanah Untuk Bina Kilang EV Bernilai AS$1.5 bilion Di Korea Selatan

Hyundai Motor Co pada hari Isnin merasmikan acara pecah tanah kilang kenderaan elektrik (EV) khusus bernilai 2 trilion won (AS$1.52 bilion) di Korea Selatan.

Hyundai Motor, pembuat kereta ketiga terbesar dunia mlalui jualan dengan sekutunya Kia Corp, merancang untuk memulakan pengeluaran besar-besaran EV dari kilang itu pada suku pertama 2026 selepas menyiapkan pembinaan pada 2025.

Kilang di Ulsan yang terletak di tenggara negara itu akan mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 200,000 unit.

Syarikat itu berkata model pertamanya akan menjadi kenderaan utiliti sukan elektrik (SUV) daripada jenama mewah Genesis.

Hyundai Motor Group, yang merangkumi jenama Hyundai Motor, Kia dan Genesis, berkata pada April lalu bahawa ia merancang untuk melancarkan 31 model EV menjelang 2030.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hyundai Motor Euisun Chung, ketua pegawai eksekutif Hyundai Motor dan pegawai lain, termasuk Datuk Bandar Metropolitan Ulsan, menghadiri acara menyaksikan pecah tanah kilang EV, kilang baharu pertama pengeluar kereta itu di Korea Selatan dalam tempoh 29 tahun.

Pecah tanah itu dibuat selepas Hyundai Motor berkata ia akan berpegang pada rancangan pelancaran kenderaan EV mereka, berbeza dengan beberapa pesaing yang telah menarik semula pengeluaran EV berikutan permintaan yang semakin berkurangan.

Memetik permintaan yang mendatar untuk EV, General Motors Co berkata ia akan menangguhkan pengeluaran selama setahun bagi trak pikap elektrik Chevrolet Silverado dan GMC Sierra di sebuah kilang di Michigan.

Ford Motor Co pula mengecilkan sementara satu daripada tiga syif di kilang yang membina trak pikap elektrik F-150 Lightning.

Tesla Inc juga memperlahankan rancangan untuk kilang Mexico, manakala GM dan Honda mengumumkan bulan lalu bahawa mereka akan menamatkan rancangan AS$5 bilion untuk membangunkan EV kos rendah bersama-sama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *