Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) tidak melihat langkah negara kaya G7 untuk menangani pengelakan had harga tenaga Rusia akan mengubah keadaan bekalan untuk minyak mentah dan produk minyak, kata Pengarah Eksekutif IEA Fatih Birol.
G7, Kesatuan Eropah dan Australia bersetuju untuk mengenakan had harga AS$60 setong ke atas minyak mentah laut Rusia dan juga menetapkan had harga atas produk minyak Rusia untuk mengurangkan pendapatan Moscow berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine.
Kumpulan negara kaya itu berkata mereka akan meningkatkan usaha untuk mengatasi pengelakan had harga tersebut dengan memastikan “tiada kesan limpahan dan mengekalkan bekalan tenaga global.”
IEA, yang menyediakan analisis dan input kepada G7 mengenai tenaga, tidak melihat penguatkuasaan had harga yang lebih ketata akan menjejaskan bekalan minyak dan bahan api global, kata Birol di luar sidang kemuncak semalam.
“Sebarang perubahan ketara dalam pasaran seperti biasa, kami akan dapat dilihat dalam analisis dan laporan kami, tetapi buat masa ini saya tidak nampak sebab untuk membuat perubahan dalam analisis kami,” katanya.
Menurut Birol, had harga mencapai dua objektif utama: ia tidak mencetuskan kesesakan dalam pasaran kerana minyak Rusia terus mengalir tetapi pada masa yang sama pendapatan Moscow berkurangan.
“Rusia memang menggunakan isu tenaga, dan ia gagal. Tetapi terdapat beberapa kelemahan, beberapa cabaran untuk had harga minyak berfungsi lebih baik,†jelas Birol.