iea-oil-1

IEA Tingkatkan Unjuran Permintaan Minyak Dunia 2023 Ke Paras Tertinggi Sepanjang Masa

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata hari ini ia telah menyemak semula ramalannya untuk pertumbuhan permintaan minyak global pada 2023 berikutan permintaan “meningkat menunju rekod tertinggi” sepanjang masa.

Permintaan minyak dunia telah mencecah rekod 103 juta tong sehari pada Jun dan Ogos dan “masih mampu melihat satu lagi kemuncak”, kata IEA.

“Untuk 2023 secara keseluruhan, permintaan minyak global dijangka meningkat sebanyak 2.2 juta tong sehari kepada 102.2 juta tong sehari,” tambahnya.

China menyumbang 70 peratus daripada pertumbuhan, jelas IEA sambil menambah bahawa permintaan dalam gergasi Asia itu “juga lebih kukuh daripada jangkaan, mencapai paras tertinggi baharu walaupun kebimbangan berterusan terhadap tahap kesihatan ekonomi”.

“Permintaan minyak dunia meningkatkan rekod tertinggi, dirangsang oleh perjalanan udara musim panas yang kukuh, peningkatan penggunaan minyak dalam penjanaan kuasa dan melonjakkan aktiviti petrokimia China,” tegas IEA.

Menurut agensi itu, ramalan pengembangan permintaan global pada 2023 akan menandakan “paras tahunan tertinggi”.

Permintaan minyak yang semakin meningkat ini berlaku di tengah-tengah ketegangan pasaran dunia apabila bekalan minyak global menjunam pada Julai.

Pengurangan mendadak dalam pengeluaran oleh Arab Saudi pada bulan lalu bagi membantu menaikkan harga menyaksikan pengeluaran daripada pakatan 23 negara OPEC+ itu jatuh 1.2 juta tong sehari (bdp), kepada 50.7 juta bdp.

Memandang ke hadapan ke 2024 ketika dunia berlumba-lumba untuk menangani perubahan iklim dan mengurangkan penggunaan bahan api fosil, IEA berkata ia menjangkakan pertumbuhan permintaan semakin perlahan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *